Tips

GURU ANTARA MEREKA YANG MUDAH TERDEDAH DENGAN “PLANTAR FASCTIS”

Golongan pengajar memerlukan sekitar 5 jam sehari berdiri dan berjalan dengan lama. Jika memerlukan kerja lebih waktu, jangkaan berdiri boleh mencecah sehingga 8-10 jam. Disebabkan berdiri dan berjalan terlalu lama, tapak kaki akan mula mengalami keradangan pada otot tapak kaki yang lama kelamaan semakin serius dan terkena sakit “Plantar Fascitis”

Apa Itu Plantar Fascitis

Plantar fasciitis adalah salah satu punca sakit tumit. Ia melibatkan keradangan tisu tebal  di bahagian bawah kaki yang menghubungkan tulang tumit ke jari kaki.

 

Plantar fasciitis biasanya menyebabkan sakit menusuk yang biasanya berlaku dengan langkah pertama pada waktu awal pagi bangun dari tidur. Semasa mula bangun dan bergerak lebih lama, sakit itu biasanya akan mula menurun, tetapi ia mungkin akan kembali selepas tempoh lama atau selepas mula berjalan dari duduk dan rehat.

Plantar fasciitis lebih biasa di kalangan pelari. Di samping itu, orang yang berlebihan berat badan dan mereka yang memakai kasut dengan sokongan yang tidak mencukupi mempunyai risiko plantar fasciitis yang sangat tinggi.

Mereka Yang Berisiko Terkena Plantar Fascitis

Walaupun plantar fasciitis boleh timbul tanpa sebab yang jelas, faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mengalami plantar fasciitis termasuk:

1. Umur. 

Kebiasaanya Plantar fasciitis mula berlaku seawal umur 30 dan yang paling biasa di antara umur 40 dan 60 tahun.

 

2. Sesetengah jenis senaman. 

Senaman atau aktiviti yang banyak tekanan pada tumit dan tisu otot bawah tumit seperti larian jarak jauh, aktiviti gimnastik, tarian balet dan tarian aerobik antara yang boleh menyumbang kepada masalah awal plantar fasciitis.

 

3. Obesiti. 

Berat badan yang berlebihan memberi tekanan pada tapak kaki. Mereka yang obesiti memberi tekanan pada tumit yang sangat berat dan kritikal.

 

4. Pekerjaan yang melibatkan berdiri dan berjalan jauh.

Pekerja kilang, guru dan wanita bekerjaya yang banyak berdiri dan berjalan lama mudah terkena sakit pada tumit kaki.

 

5. Memakai kasut yang  tidak mempunyai Pad Insole yang tebal.

Memakai kasut yang mempunyai insole yang nipis tidak mampu untuk menampung berat badan pada tumit kaki dan menyebabkan kaki mudah terkena serangan Plantar Fasctitis.

 

Kongsikan artikel ini untuk manfaat bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *